Extended-working-hour-website-Homepage-banner-desktop

Hi, kepada semua pelanggan Kereta Perodua, anda tidak perlu risau lagi, kini Bagi memenuhi keperluan para pelanggan, Perodua mengambil keputusan untuk melaksanakan projek perintis dengan melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab Badan & Cat (B&P) terpilih.

Pada peringkat awal ini, projek perintis ini melibatkan 16 pusat servis dan tiga hab B&P di seluruh negara, yang akan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 9.00 malam (Semenanjung Malaysia) dan 7.45 pagi hingga 8.45 malam (Malaysia Timur), setiap hari kecuali Ahad.

“Kami sedar terdapat ramai pelanggan yang telah melepasi tempoh servis kenderaan mereka kerana operasi kami di seluruh negara ditutup selama dua bulan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Oleh itu, kami melanjutkan waktu operasi pusat servis dan hab B&P terpilih untuk memenuhi permintaan tinggi dan terus memberikan ketenangan minda kepada pelanggan kami yang dihargai,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Extended-working-hour-website-Homepage-banner-desktop

Untuk rekod, Perodua telah menerima 2.35 juta pengambilan servis tahun lalu melalui 202 pusat servisnya di seluruh negara.

“Inisiatif ini dijangka dapat menampung permintaan servis di kawasan-kawasan utama. Kami akan memantau dan menilai keberkesanan projek perintis ini secara berterusan. Buat masa ini, ia akan diteruskan sehingga diberitahu kelak,” kata Dato’ Zainal.

    Senarai Hab Badan & Cat (B&P) Perodua dengan waktu operasi yang dilanjutkan:

  • PSSB Subang Jaya B&P
  • PSSB Balakong B&P
  • PSSB Kota Bharu B&P
  • Pelanggan yang ingin servis kenderaan mereka diminta untuk mendapatkan slot janji temu terlebih dahulu dengan pusat servis pilihan mereka – walk-in masih tidak diterima buat masa ini.

Semua pelawat mesti menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis, mendaftarkan maklumat diri mereka dan mematuhi penanda jarak sosial di dalam premis setiap masa. Pembersih tangan ditempatkan di lokasi-lokasi penting, manakala pembersihan secara berkala turut dibuat ke atas premis tersebut.

(25) Views

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *