Permohonan individu kereta perodua ini adalah, permohonan yang memohon sama ada berseorangan ataupun bersama penjamin. iaitu berumur dari 18 tahun sehingga umur 65 tahun.

KELAYAKAN PERMOHONAN INDIVIDU KERETA PERODUA

  • Umur minimum 18 tahun sehingga 65 tahun
  • Mempunyai pekerjaan tetap atau perlu penjamin yang layak (suami, isteri/ibu, bapa)
  • Gaji minima untuk pinjaman kereta adalah Rm1500 ke atas dan jika kurang, perlukan PENJAMIN. Individu yang boleh menjadi PENJAMIN adalah ahli keluarga terdekat sahaja iaitu suami dan isteri, ibubapa dan anak serta adik beradik. 
  • Memiliki Lesen Memandu dan jika TIADA Lesen Memandu perlukan PENJAMIN dikalangan ahli keluarga. 
  • Individu yang tidak mempunyai lesen dan berkerja sebagai penjawat awam boleh juga memohon pinjaman dengan Bank Rakyat. Tertakluk terma dan syarat.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (PENJAWAT AWAM)

  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)
  • Salinan Lesen Memandu (depan & belakang)
  • Salinan Slip Gaji 3 Bulan Terkini 
  • Salinan Penyata Akaun Bank 3 Bulan Terkini (berkanun, tentera & glc)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (SWASTA)

  • Salinan Kad Pengenalan (depan & belakang)
  • Salinan Lesen Memandu (depan & belakang)
  • Salinan Slip Gaji 3 Bulan Terkini 
  • Salinan Penyata Akaun Bank 3 Bulan Terkini
  • Salinan penyata KWSP

JIKA TIADA LESEN MEMANDU Lesen memandu merupakan antara syarat kelayakan minimum yang melayakkan anda untuk memohon pinjaman kenderaan. Namun begitu, institusi kewangan seperti Ambank atau Bank Rakyat membolehkan permohonan pinjaman kenderaan dilakukan tanpa lesen dengan syarat gaji pokok mestilah melebihi RM3,000.

Jika ada sebarang pertanyaan segera berkenaan Permohonan individu kereta perodua, boleh klik link dibawah